Konsep KASIH SAYANG SATUKAN UKHUAH LAMBANG SUNNAH RASULULLAH SAW...ASSALAM KASIH DARI SAYA
Saturday, April 14, 2012
MAGMA COURSES
Assalamu'alaikum wbt...
Syukur Alhamdulillah kursus 1001 pukulan telah berjaya pada 11hb march bertempat studio melati MASS MAVILOUS anjuran dari pihak MAGMA hasil kerjasama itu juga rata-rata peserta-peserta dari pelbagai seni bela diri terdiri dari silat gayong,silat cekak dan silat lincah begitu berpuas hati dan teruja sehinggakan masa yang sepatutnya berakhir pukul 12.00 masih tidak mencukupi nasib baiklah Ayahnda dengan ikhlas menambah sedikit masa satu jam setengah 12-1.45 turut sama memberi sokongan ahli-ahli Lp.
Ayahnda bukan sahaja berusaha melatih peserta-peserta kursus malahan ayah turut menghadiahkan beberapa pukulan dan yang adalah Pelampas yang menjadi kebangaan Lp,Pelampas merupakan latihan tangan dimana titik perisai dan tumbuk memukul pada tapak tangan sehingga merasa PIJAR DAN KEBAS itulah punching bag Lp yang saya kira kalau mana yang kurang arif boleh menyebabkan tulang tapak tangan patah ada juga yang tidak terkecuali apabila kulit tersiat akibat keseronokan melatihkan tangan.
Saya selaku mewakili gelanggang pusat mengucapkan jutaaan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang memberi sokongan cikgu Din misai yang masih aktif dengan latihan ketawa mengembirakan peserta yang datang,cikgu faizal yang bertungkus lumus sebagai punching bag ayah hehe..Weldone!!..saya mengharapakan semangat perpaduan antara golongan-golongan silat dapat meneruskan majilis begini selain dapat menambah ilmu bonus untuk kita bersilturahiim program diakhiri dengan bacaan doa dari cikgu misai dan berselawat berjabat tangan.
Dari Jabir bin Abdullah Rasulullah bersabda:
''SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH ORANG YANG MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG LAIN''
riwayat AL-BAIHAQI,SAHIH AL JAMI' AL-SHAGHIR WA ZIYADATTHI,AL MAKTABI ISLAMI