Sunday, March 4, 2012

LIANPADUKAN-UNTUK MU YA RASULULLAH















 

SALAM semua terlebih dahulu saya memanjatkan doa kesyukuran kepada Allah swt dengan limpah karunianya kita dapat bersua lagi disini,selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw,sahabat-sahabat Nabi,Al-fatihah kepada para wali-wali Allah dan Ulil Amri kita..setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Ayahanda mengizinkan kami bergerak menebarkan sayap Lp kesekolah yang berkonsepkan SUNNAH RASULULLAH berserta dengan doa beliau pada hari bersejarah itu kami dapat membuat persembahan dengan lancar sekali... para pembaca yang dihargai,kali ini LPS membawa pembaca mendekati satu lagi programme pembukaan Lp dimana pada programme kali ini sangat luar biasa dan berlainan sekali konsep demo yang biasa kami persembahkan,kelainannya ialah pada programme kali ni lebih menekankan teknik senjata lapan,jati diri yaitu disiplin bagaimana menerapkan akhlak pada generasi-generasi cilik dengan adanya seni bela diri dapatkah kami membentuk keperluan jasmani ini dalam diri mereka tanpa ada unsur-unsur percanggahan akhlak,mental,rohani dan fizikal.

Oleh itu bukan tugas yang mudah,membawa anak-anak kedunia bela diri tanpa ada negative disebaliknya,penerangan pada hari itu perlu berhati-hati kerana rata-rata kanak-kanak pada hari itu adalah golongan yang paling banyak bersorak,kami diperhatikan setiap perbuatan kami mudah dicopy and paste sehinggakan ketika kami selesai membuat persembahan salah seorang kanak-kanak dari tadika BAHTERA AL-AMIN TIRAM begitu berminat sehinggakan boleh meniru segala teknik perbuatan kami dan tanpa segan silu naik kepentas dan meniru aksi kami hahaha..memang kelakar..

Programme sempena maulidurasul bertemakan ''UNTUKMU YA RASULULLAH'' adalah julung-julung kalinya dibuat khas untuk menyambut bulan kelahiran baginda Rasulullah sekaligus mempromosikan Lp kepada masyarakat bukan sahaja di Negeri johor malahan juga di Indonesia..turut memeriahkan programme kali ini AL-AMIN EDUCATION CENTRE telah mengundang artis kumpulan nasyid ''DIWANI'' yang sudah begitu lama menyepikan diri..yang popular dengan lagunya ''SUBHANALLAH'' & ''MARILAH RASA BERTUHAN'' yang diketuai ustad HASNUL SULAIMAN..the best thing is ketika kami berada dibelakang pentas kami disapa oleh Ustad Hasnul Sulaiman yang turut mengenali permainan Lp...semoga usaha kita ini akan berterusan sebelum terlupa saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli gelanggang induk terdiri daripada saudara ZUL & LINDA suami isteri,saudara SAFWAN@SAYUR BAYAM hehe suami isteri,saudara AKMAL,SAUDARA MUHAIMIN,SAUDARA AZIZUL,SAUDARA AMIRUL & my sweetie NURUL FATEHA walaupun demam tetapi tugas dan arahan tetap bersemangat untuk membantu.tidak lupa USTAD AHMAD FAIZ@FAIZ TAHFIZ suami isteri insyAllah beliau juga salah seorang peserta khatam tahun ini serta yang banyak menyokong,bertanggungjawab dalam pembabitan DI AL-AMIN saya USTAZAH AZI DAN USTAZAH ZUBI..

SEMOGA KITA AKAN BERJAYA DENGAN IZIN ALLAH SWT..INSYALLAH AMIIN..sampai jumpa lagi..^___^