Assalamu'alaikum wbt..
Shadow Fist?Kipas Nandung?Rosary@Tasbih?????..*.* blurrrrr!!
Memang lah blurr tak percaya cuba tengok...
and more..
Tengok aje lah saudara said kita tu sampai ternganggah-nganggah melopong mulut mendengar penerangan dari Ayahanda tidak terkecuali juga saudara syukri kita sampai berkerut dahi hehe...sebenarnya mereka berdua inilah antara peserta yang terbaik patut diberi kepujian pada mereka berdua kerana setiap detik itu, mereka menggunakan peluang yang ada dengan penuh kosentrasi..syabas..
Dan kepujian ini juga harus diberikan kepada kak jun isteri abang Din Gondrong kita (orang lama)kerana semangat yang diberikan sungguh membanggakan kerana kak jun sangup bersengkang mata membantu Abang Din Gondrong menyiapkan ''TASBIH'' demi menjayakan kursus Amal yang dipimpin oleh Ayahanda sendiri apatah lagi kali ini Ayahanda menampilkan sesuatu yang berlainan yaitu ''LIAN TASBIH'' sempena menyahut seruan dari DR.PARVEZ ALAM programme ''world fighting lives weekend'' yang merupakan penereju program tersebut.Seperti yang kita tahu programme ini bertujuan memberi sumbangan anak yatim sedunia kita adalah satu-satunya negara Asia yang terpilih sebagai wakil penyumbang programme ini buat kali kedua syukur Allhamdulillah ke hadrat Allah swt....oleh sebab itu jua lah ada diantara peserta yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini terutamanya Abang Din kerana hampir 20 tahun bersama Ayahanda beliau sendiri tidak tahu rupanya ada teknik senjata rahsia yang masih disimpan oleh Ayahanda yang saya sendiri pun tidak tahu.
Senjata ini adalah diilhamkan dan diasakan oleh Ayahanda sendiri..apa yang menarik tentang senjata ini adalah bukan sahaja tasbih ini digunakan sebagai amalan zikir tetapi sebagai senjata pembunuh.Kelicikan senjata ini tiada siapa yang dapat huraikan bak kata pepatah melayu''AIR YANG TENANG JANGAN SANGKA TIADA BUAYA'' begitu juga tasbih hanya sekalung rantai bersalutkan manik dan hujungnya diletakkan beberapa biji timah (mengikut kreativiti).Tetapi kejam apabila menyentap!tubuh musuh..kalau tak lumpuh kojol beb!..bahayanya senjata ini Ayahanda terpaksa menyarankan kami menggunakan belt keran tidak mahu ada sesiapa yang tercedera maklumlah masing-masing baru je nak start taubat silap-silap tersebat mato ekau buto mato^__^(gurau ye)..sesiapa yang dah melalui saat-saat testimoni tu boleh tanya mereka sendiri apa rasa libasan dan cengkaman yang dianugerahkan oleh Ayahanda?rasa Oren ke?rasa goal ke?hehe..selain itu Ayahanda turut menjadikan ''HELMET&BUAH TEMBIKAI bagaimana senjata ini boleh merobek kepala atau tubuh badan musuh dengan sekali hayunan..
Setelah penat bertasbih kami dihadiahkan fuhhh!!..(ini lian peringkat tertinggi tau)Lian Kipas Nandung diantara lian yang paling digeruni dan amat diminati penggemar bela diri dan menurut Ayahanda asal usul lian ini adalah daripada kaum wanita perghh!!semangat betul saya mendengarnya..ketika Ayahanda menunjukan aplikasi lian tersebut saya tergamam sekejap dan terfikir banyak betul yang Ayah tambah menggunakan kaedah beliau tersendiri yang seronoknya Ayah turut menggabungkan beberapa elemen silat ala-ala silat pulut yang lemah gemalai tapi sekali terkena pukulan perghh!!terasa masuk ke sendi-sendi slowly...dan malam tadi baru je dapat penangan terasa badan digilis cili padi....juga ala-ala ''The Shadow Fist ''
Saya rasa sangat bertuah kerana dijodohkan dengan Lianpadukan seni bela diri yang simple tetapi aplikasinya ''pokoknya rendang,lebat buahnya''
Saya mewakili gelanggang induk seterusnya mewakili Ayahanda mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat..jutaan terima kasih kepada Ayahanda Mahaguru yang tak jemua-jemu mencurahkan ilmu dan bakti kepada kami(tak boleh cakap lebih-lebih nanti ada yang rasa nak bersin pulak).pada Dr Sam Giant terima kasih atas usaha yang terbaik!menjadi IsI kepada Lp(kalau cakap tulang belakang cikgu syam tak nak sebab cikgu syam cakap nanti dapat tulang)hehe..so saya bagi ISI la...tidak lupa pada Dr din misai terima kasih kerana membuatkan kami pecah perut..dan cikgu KAMAL BAHARIN (PAHANG) cikgu FAIZAL,dari Johor cikgu ARIF,cikgu SYAM AVATTAR ,cikgu JEFRI dan kesemua peserta TAHNIAH!! jom kita tengok video siapa yang kena....





