Assalamu'allaikum wbt..
Hari ini rabu jam 05.00pm 30 nov 2011 bersamaan 05 muharam 1433 hijrah,saya dikejutkan oleh pemergiaan seorang lagi tokoh buah pukol yang dikenali guru ABDUL RAHMAN BIN MAJID a.k.a PA' ATAN AIR BATU.
Saya dihubungi oleh mak milah (isteri Allahyarham) lebih kurang jam 01.48 memberitahu keadaan Allahyarham sedang nazak,kerana sebelum itu mak milah cuba menghubungi Ayahanda tapi tidak berjawab oleh kerana Ayahanda juga kebetulan demam panas.
Mengimbau beberapa bulan lepas ketika saya dan Ayahanda mengunjungi Allahyarham walaupun dalam keadaan sakit dan tak boleh bangun sempat membisikan pada saya beberapa amalan..kini Ayah(Allahyarham)sudah tiada lagi..pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya kerana Allah lebih mengasihinya..segala tunjuk ajar ,pesanan dan kasih sayangnya akan diingati selama-lamanya..bersama ini saya mewakili warga Lp mengucapkan takziah kepada keluarga Allyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh insyAllah Al-Fatihah...
