Wednesday, October 5, 2011

RUMAH TERBUKA LIANPADUKAN MALAYSIA DAN MACAM -MACAM ADA

ASSALAMUALLAIKUM WBT........

Dengan rahmat Allah swt semoga pembaca yang berkunjung ke blog saya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat ye...dan semoga ceria selalu....kali ini saya akan membawa anda kisah gembira yang berlaku baru-baru ini kisah ramadhan dan syawal..oleh kerana editor video tidak mempunyai masa untuk upload gambar dan video yang dikirakan nak update time raya tapi hajat tak kesampaian tapi tak mengapa yang penting were are in happy right??.

Bermula ramadhan pada 24/08 yaitu hari jadi saya (hari yang Ayahanda selalu ingatkan pada saya adalah hari untuk kita mengingati saat kita hampir tiba yaitu mati) majilis itu disambut dengan doa kesyukuran bertempat digelanggang induk kerana kebetulan hari itu jatuh pada hari kelas..Atas permintaan Ayahanda majilis kenduri itu dipimpin oleh imam muda saudara hafizuddin yang akan berangkat ke jordan tidak lama lagi beliau merupakan salah seorang dari ahli Lp, majilis itu walaupun dalam keadaan sederhana tapi oleh kerana kejutan dari cikgu syam Avattar yang telah menghadiahkan kek bukan setakat itu sahaja malahan  kak Fiffy turut terlibat menyediakan makanan tanpa dirancang walaupun kak Fiffy penat tapi Allhamdulillah digagahi jua. saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua,tidak lupa juga kepada Abang long KL cikgu Din misai a.k.a Dr saharuddin mungkin ramai yang tak tahu tapi syawal lalu beliau turut membelikan kek hari jadi saya hehe jangan jeles tau walaupun belated cake tapi sekurang-kurangnya bukan senang tau orang kl sambut apatah lagi dari Abang long.syukur dan terima kasih yang tidak terhingga .Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Muhammad Arif safwan dan keluarga yang turut meringankan beban saya maklumlah ada kisah lucu sikit CPU saya disita hehe so berkat pertolongan Arif safwan menghadiahkan CPU dapatlah blog saya beroprasi seperti biasa SubhanAllah saya sungguh terharu licin jugalah duit gaji Arif safwan yang baru sahaja kerja anyway semoga Allah taala akan membalas segala keikhlasan kalian..

Syawal tahun ini sangat-sangat meriah bulan yang menemukan kita pada sahabat-sahabat,saudara-mara dll..bulan yang menuntut kita bermaaf-maafan agar silaturahiim terjalin dan bertaut kembali..Seperti biasa cikgu Din misai selalu sahaja mendahului dari ahli-ahli yang lain beraya ke teratak buruk saya untuk beraya dengan Ayahanda, yang seingat buat setakat hari ini sifat itu belum berjaya diwarisi oleh sesiapa pun kedatangan beliau sekeluarga ibarat mewakili keluarga Lp KL...yang kelakar dan kesian imran terlalu kepenatan sampai tertidur-tidur dirumah saya dan kedatangan cikgu wana kali ini datang sebagai seorang cikgu sekolah atas tiket itulah anak-anak saya tidak melepaskan peluang untuk belajar kesian cikgu wana ingatkan boleh cuti ^__^

Kunjungan-kunjungan demi kunjungan yang tak putus-putus dirumah saya mahu pun dijohor jaya sehinggakan tak sedar raya dah nak habis Ahli-ahli Lp induk bersepakat untuk meraikan majilis hari lahir Ayahanda guru oleh kerana tarikh itu jatuh pada blan syawaal,saya bersetuju sahaja segala perbelanjaan majilis disediakan oleh Ahli-ahli bila dicongak agak besar juga majilis tu..Ayahanda memberi saranan kepada kami oleh kerana semua disediakan oleh ahli-ahli Lp majilis rumah terbuka lianpadukan dibuat serentak..semua bersetuju persiapan pun dibuat .saya pulak dapat idea oleh kerana majilis ini begitu besar saya dalam diam-diam membuat kejutan pada Ayahanda dan kak Fiffy untuk majilis ulang tahun perkhawinan mereka tidak lama lagi yang bertarikh 16/12 dengan tanpa diketahui oleh sesiapa surprise saya menjadi hehe dibantu oleh MUHAMMAD SAFWAN DAN ISTERI ZULAIQA..sampai kak Fiffy tersipu-sipu malu ..suasana majilis sangat meriah dengan kehadiran CLUB MOTOR HARLEY DAVIDSON,dendangan lagu-lagu raya diselangi dengan dentuman bunga api...tak kurang hebat juga ahli-ahli Lp induk ni mempunyai bakat terpendam memang layak ke program rancangan MENTOL TANJUNG RAMBUTAN ha!!ha!!just joke...sememangnya kemeriahan ini dirasa kerana usaha yang dilakukan bersama-sama Alhamdulillah.. upacara seterusnya yaitu marhaban yang dipimpin oleh OMAK disertakan hadiah dari omak bersama sedulang pulut kuning khas untuk Ayahanda guru..saya mewakili keluarga DR.HJ MOHAMMED HASSYIM DAN HAJJAH NORAFIDAH MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SEMOGA DITAHUN-TAHUN AKAN DATANG KITA BERJUMPA LAGI DALAM MAJILIS SEPERTI INI KAMI SANGAT TERHARU ATAS SEMUA USAHA KERJASAMA YANG DIBERIKAN DAN TERIMA KASIH JUGA KEPADA LIANPADUKAN ACADEMY DR.HISHAMUDDIN AZIZ,CIKGU FAIZAL DAN AHLI-AHLI LIANPADUKAN KL CIKGU AZAHAR WALAUPUN TAK DAPAT DATANG TAPI SUMBANGAN BELIAU KAMI SANGAT HARGAI TERIMA KASIH SEKALI LAGI
''SAYA BAGI PIHAK SRIKANDI LIANPADUKAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT SUAMI,SAHABAT DAN GURUKU SEMOGA DENGAN DOA KAMI ALLAH SWT MELANJUTKAN USIA MU WAHAI GURU KU SAYA MENGUCAPAKAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA ILMU  SOLAT DAN SILAT MU SENTIASA MENERANGI HARI-HARI YANG PENUH DENGAN DUGAAN KERANA ITU SAYA BERADA DISINI
PENGHARGAAN KEPADA YANG BERKORBAN DALAM MAJILIS INI:

SAUDARA AKMAL(KHEMAH,SUP TULANG DAN KARAOKE)
SAUDARA HALITDIN(SATAY)
SAUDARA ZULKIFLI(KUEH TEOW)
PUAN,ASLINDA(MEE GORENG DAN AIR)
HAFIZUDDIN (IMAM)


kunjungan demi mengeratkan silaturahiim dari Abang long johor cikgu din gondrong siap ...dibawah ini adalah majilis birthday saya..


ini lah makanan yang disediakan oleh hjh fiffy

suasana kenduri sempena hari lahir saya
Cikgu wana with her paper work..



gambar atas kek pemberian dari cikgu Din..kesian imran-.-


majilis marhaban pada majilis rumah terbuka yang dipimpin sendiri oleh ''omak'' ibu Ayahanda