Assllamualaikum wbt.....
Suasana hari raya masih lagi meriah,majilis rumah terbuka sana sini apakata sambil2 beraya tu saya sajikan dengan episode kembara saya mencari guru2 peribadi Ayahanda guru menyiasat siapa sebenarnya mereka?mengapa Ayahanda berguru dengan mereka?apa yang dicari?masih belum cukupkah apa yang dipelajari dari guru2 terdahulu? menyingkap kembali kenangan apabila ada segelintir yang menyangkakan Ayahanda tidak pernah berguru dengan mereka malahan sangup memalukan diri sendiri,mencemar perguruan dan membodohkan diri demi menegakan cerita copy paste.syukur Alhamdulillah semuanya sudah berakhir walaupun sebaliknya.... Allah itu maha pengasih maha berkuasa terhadap sesuatu.sudah lumrah ada ketika kita diatas,ada ketika kita dibawah..
Ramadhan lalu saya telah berpeluang berjumpa dengan salah seorang lagi guru peribadi Ayahanda,itupun saya bernasib baik kerana salah seorang anak murid saya mengenali pak guru itu,hampir setahun mencari dan menyiasat kedudukan guru ini dan hampir putus asa...tapi bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.....
Saya memaklumkan kepada Ayahanda untuk membeli sedikit barangan buah tangan untuk disedekahkan kepada Pa'Guru lagipun ini adalah kunjungan saya yang pertama,takut juga memikirkan kerana menurut Ayahanda Pa'majid ni tak suka bercerita yang karut-marut,apatah lagi berkaitan dengan ilmu buah pukol.agak stress juga dibuatnya yelah saya ni suka kelakar,silap-silap ada kene tengking tapi walau bagaimana pun hasrat saya untuk berjumpa dengan beliau tetap diteruskan niat yang tulus pasti ada kebaikan disebaliknya (cheewaah falsafah beb).
Berbalik mengenai kisah kunjungan kami,Allhamdulillah kedatangan kami disambut dengan baik sekali tak kering gusi dibuatnya..Pa'Majid kelinik (nama gelaran nama gelaran ini bukanlah kerana beliau berkerja dikelinik tapi pada ketika zaman muda beliau tinggal dirumah kakak beliau kakak beliau merupakan bidan yang pertama dikampung melayu) a.k.a ABDUL MAJID BIN ABDUL WAHAB@WOK salah seorang lagi perwaris BUAH PUKOL ENDAU ASLI,cucu kepada arwah TO'ED(HAMID GAJAH)kaum kerabat TO'HUSIN GAJAH dari keturunan PA'TEH MOHD.YASIN BIN KUBUNG dan adik sedara kepada Allahyarham PA'ANDAK WAHAB.
Sepanjang perbualan saya dan Pa'majid banyak petua dan amalan yang beliau kongsikan kepada saya,Ayahanda pulak ketika itu sedang rancak berbual dengan isteri Pa'majid maklumlah dah lama tak berjumpa sejak Pa'majid pindah hilang khabar berita.Sementara itu saya pun apa lagi tak lepas peluang,antara kata-kata yang agak menarik minat saya ialah apabila Pa'majid menyuarakan rasa kurang senang tentang orang-orang yang seangkatan dengannya sangat taksub bergelanggang demi menyampaikan ilmu pada orang ramai,bagi Pa'majid beliau bukan tak suka mengajar orang tapi bila mengenangkan sikap yang terdapat pada anak murid itu kebanyakannya lupa diri dan meninggi diri,tak menghargai dah satu hal..hingga ada yang sangup menderhaka kepada guru ulas beliau..saya ingat nak bagi pendapat tapi bila difikirkan beliau berhak menilai dan menyuarakan apa yang patut memang tak dinafikan kebenaran kata-kata Pa'majid itu sebabnya beliau lebih suka berdiam diri kalau ada sesiapa yang ingin belajar beliau buat tak layan atau kadang-kadang pusing cerita lain ,saya bertanya hubungan beliau dengan Ayahanda bagaimana adakah benar Ayahanda pernah menuntut dengan Pa'majid?jawapan Pa'majid agak kelakar gara-gara dia menuntut lah hampir roboh rumah aku.'' dulu aku sayang hasyim ni tapi bila dia buka gelanggang sayang tu tinggal separuh sambil ketawa dan sempat melirik mata kearah Ayahanda.
Tapi nak dijadikan cerita rezeki lah katakan saya meminta Pa'majid menunjukan sedikit lian dan application beliau tak membantah terus sahaja bangun,bukan itu sahaja beliau turut menghadiahkan sebiji geliga tanpa diminta tiba-tiba Pa'majid keluar dari bilik terus meminta saya menadahkan tangan terkejut dan tergamam seketika i can't imagine gembira beb!.Pa'majid berpesan supaya menjadikan geliga itu sebagai batu cincin saya dengan penuh rasa bangga saya hanya mengangguk sambil memandang kearah Ayahanda memohon restu untuk menerima pemberian itu Ayahanda memberi isyarat tanda setuju,hatiku berbunga-bunga leee...
Hari pun dah makin larut kami meminta izin untuk pulang kami dihantar oleh Pa'majid sendiri dari pintu depan berakhir hingga ke tangga sambil disusuli dengan kata-kata peringatan diselit dengan sedikit amalan,saya mula berfkir kalau dah namanya GURU yang ikhlas tidak akan berhenti bercakap ada saja yang ilmunya..sepanjang saya bertemu dengan pelbagai guru-guru Ayahanda semuanya ada cara masing-masing tapi yang sama itu adalah bab bercakap dan bercakap dan Ayahanda turut mewarisinya kini saya faham mengapa Ayahanda bertemu dan belajar pada guru-guru ini bukan setakat buah pukolnya dan buah usulnya sesuatu yang jarang-jarang kita temui dan kemungkinan ada diantara kita tak pernah terfikirkan hal itu..apakah ia?ianya sangat penting untuk menjadi seorang guru tidak kira guru bidang apa pun itulah maksud Pa'majid seolah-olah menjadi penutup episode kisah ini...saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Ayahanda Guru kerana memberi ruang untuk saya mempelajari sesuatu tanpa diajar hanya membuka ruang untuk kita memahaminya .saya berharap suatu hari nanti ada diantara kita yang akan sedar betapa indahnya kalau kita membuka ruang dan mata memahami sesuatu yang bakal membuatkan kita akan malu pada diri sendiri kiranya masih terlalu jauh untuk kita layak mewarisi apa yang sepatutnya...WALLAHUALAM...
PANTUN PA'MAJID KELINIK
''BURUNG PAUH TERBANG KEATAP,
MARI HINGGAP DIRUMPUN BULUH,
JANGAN DIHARAP ORANG YANG JAUH,
CARI SAHABAT DIDALAM TUBUH......



