ASSALAMU'ALLAIKUM WBT...
khamis yang lepas saya sekeluarga bersama dua orang anak buah,ke kuala lumpur untuk menyambut kepulangan pa'raja Ali dan isteri dari mengerjakan fardhu haji yang di jangkakan tiba di tanah air pada hari jumaat malam 8.30.
kami bergerak dari johor pukul 3 am (hari khamis malam jumaat) tiba di kuala lumpur 7.30 berhenti sekejap di seremban untuk menunaikan solat subuh.setibanya di rumah cikgu hisyam giant kami di hidangkan sarapan pagi (nasi goreng merah) kegemaran ayahnda...emmm yummy!!..tapi oleh kerana mengantuk selera untuk makan tu agak kurang mana kala azizan dan rabiza dah pengsan kerana kepenatan driving sepanjang malam.syukur Allhamdulillah tanpa mereka ini kemungkinan kami tak sampai lagi.
tiba waktu untuk ke KLIA kami sekeluarga serta cikgu hisyam sekeluarga bertolak awal takut terlambat tapi sekali jem daa..kat jalan tun razak..nak pitam rasanya dalam keadaan hujan renyai-renyai (hujan rahmat) tapi demi tanggungjawab kami teruskan jua.
Tiba di KLIA jam 7.20 begitu ramai sekali orang yang menunggu para jemaah sehinggakan kami terpaksa berdiri,mana kala yang lain duduk atas lantai . hampir 2 jam lebih kami menunggu akhirnya penantian itu berakhir apabila para jemaah sudah mula berpusu-pusu mendapatkan ahli keluarga airmata kegembiraan sahaja yang mampu keluar pada ketika itu di tambah lagi kedatangan cikgu faizal untuk memberi sokongan.
Apa yang ingin saya kongsi kan benar lah apa yang di kata betapa indahnya,betapa agungnya kuasa Allah swt menciptakan mekkah sehinggakan tarikannya membuatkan kita menangis aroma bau-bauannya.membuatkan kita jatuh cinta pada semua yang datang darinya subhanAllah,tidak terkata sehinggakan ayahanda dan kesemua keluarga yang hadir menitiskan airmata.
Saat pertemuan cikgu faizal sempat merakam kan detik-detik kegembiraan dan detik pertemuan itu turut merasa terharu juga ialah anak-anak pa'raja yang juga menyambut kedatangan kedua orang tuanya.dalam berpeluk-pelukan kuasa Allah ayahnda bertemu seorang anak murid nya yang ayahanda khatam kan di bumi mekkah saudara 'latif' yang telah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita.bagi saya semua ini ada hikmahnya hanya 'dia' yang maha mengetahui dan menentukan detik perjalanan kita umat manusia WALLAHUALAM..
Daripada Mu'awiyah bin Abu sufyan r.a, Nabi Muhammad saw bersabda: "siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya,nesaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya."
(riwayat al-bukhari dan muslim)









