Pada 21/11/2010 Ayahnda telah di kunjungi oleh seorang guru,yang di agak dikenali umumnya dinegeri pahang darul makmur.tak lain tak bukan guru utama seni silat gerak lian pahang GURU NAZRI@POK'YE,beliau turut di temani oleh 2 orang anak buah beliau saudara DIN SHOLIN & SAUDARA HARIS ZAHARI.
Tujuan kedatangan beliau adalah untuk menziarahi ayahanda juga membincangkan satu program majilis pertemuan silarurahiim kepada seluruh pengamal2 lian seluruhnya.kami sangat berbesar hati kepada guru pok ye kerana di undang sendiri oleh guru utama perguruan ini.
Sepanjang perbincangan dan perbualan itu guru pok ye sempat bertanya kepada ayahnda tentang isu2 yang berlaku,sebagaimana yang berlaku sejak akhir2 ini dan guru pok ye turut memberikan kata2 semangat kepada ayahnda meminta ayahanda bersabar.saudara din sholin juga memberikana kata2 semangat dan beliau juga turut merasa kesal tindakan mereka yang tidak berperikamanusiaan.generasi anak2 lian pada hari ini sepatutnya sedar walau siapa pum anda dan aliran mana pun kita sebenarnya adalah dari tempat yang sama yang membezakan kita ialah cara dan gaya tapi asalnya tetap sama.itulah kata2 guru pok'ye.
sebelum mengundur diri saya sempat bertanya dan mengetahui latar belakang guru ini insyAllah cerita mengenai guru yang bagi pendapat saya mempunyai kehebatan tersendiri akan menyusul lagi






