Tuesday, February 19, 2013


Assalamu;alaikum wbt Mulakan Harimu Dengan SENYUMAN ^____^ Bissmillahirahmanirahiim....Allhamdulillah walaupun dugaan tiap hari sililh berganti namu hidup perlu diteruskan dan perjuangan harus digalas dengan penuh amanah inshAllah....jangan pernah kisah apa orang kata kerana kita perlu yakin Allah swt adalah HAKIM yang terbaik dan DIA maha mengethaui.Tak perlu tunjukkan siapa benar diam adalah senjata terbaik dan TADAH TANGAN SUNNAH BERDOA ^__^ satu saat akan ada sekumpulan manusia yang akan datang menemui anda dengan tiga perkataan :MAAFKAN SEGALA KESALAHAN
maafkan je sebelum ianya berlaku tak rugi pun....

Allhamdulillah perjalanan penulis tidak terhenti disini sahaja ingatkan segalanya telah berakhir rupanya THIS IS BEGININIG FOR OUR HISTORY.Pada 13-02-2013 atas karunia dari Allah swt penulis telah di jemput mengadap Y.A.M KUESS IDRIS (THE ROYAL BEAUTY BOXER) atau nama penuh
 Y.A.M TENGKU SHUIBAH anak kepada


ALMARHUM D.Y.M.M SULTAN ISDRIS ISKANDAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SHAH KADASALLAH DAN Y.T.M. DATO SRI CIK PUAN NORIZAN BINTI HAMZAH (Al-Fatihah ke bawah Duli Yang Maha Mulia keduanya moga ditempatkan golongan orang-orang yang soleh amin Ya Allah).

Kedatangan penulis tak lebih sekadar bertukar-tukar pendapat kerana YAM seorang boxer dan selalu juga menjuarai bebrapa pertandingan tomoi,detik perkenalan kami sangat ringkas tetapi penulis sangat senang dengan perwatakan YAM ramah dan amat rendah diri orangnya.YAM mempunyai persamaan dengan penulis senang cakap pertemuan itu terlalu istimewa tak sangka walaupun YAM berdarah bangsawan tetapi pandai mengambil hati hingga penulis rasa selesa bersama dengan YAM rasa tak puas rasanya.....

YAM TENGKU SHUIBAH MENGISTIHARKAN KEMASUKAN LIANPADUKAN.

13-02-2013
With my guru of Lianpadukan

P/S:I'm still a muaythai fighter but will increase my knowledge in martial arts with art of lianpadukan through Srikandi lianpadukan ...In Shaa Allah...

(dibawah adalah posting YAM TENGKU melalui facebook)
KuEss Idris
Sangat berpuas hati hari ni walaupun tak lama bersama Setiausaha Agung Seni Silat Lianpadukan Malaysia "Srikandi Nurhijrah" Di kawasan kediaman saya..Banyak Ilmu kami kongsi bersama dan banyak teknik yang telah beliau tunjuk ajar pada saya dan wow , BELIAU SEORANG WANITA YANG AMAT SAYA KAGUMI DAN HEBAT.....! WANITA BESI DAN MEMANG LAYAK DIGELAR "SRIKANDI" ...
1Like ·  · 
memperkenalkan guru saya untuk Lianpadukan - Srikandi Lianpadukan II ....

p/s:Saya masih seorang peninju tomoi/muaythai tetapi akan gabungkan lianpadukan dalam perlawanan saya dengan cara tersendiri bersama muaythai...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang , Saya ingin mengumumkan serta mengistiharkan bahawa Srikandi Lianpadukan II akan saya jadikan beliau sebagai guru bagi saya untuk dalami ilmu seni teknik Lianpadukan in shaa allah....
Like · 
KuEss Idris
Saya sungguh teruja untuk menerima kunjungan mengadap dari Setiausaha Agung Persatuan Seni silat Lianpadukan Malaysia yang juga Srikandi Muslimah yang dikagumi iaitu " Srikandi Nur Hijrah" di kediaman kekanda saya...
Like ·  · 


  • Saya telah persembahkan pada Mantan Raja Permaisuri AgongMalaysia yang ke 11 " Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah" mengenai Srikandi Lianpadukan II sebentar tadi dan beliau sangat teruja dan berkenan untuk memanggil Srikandi mengadap dimasa akan datang in shaa allah...:-)


    Begitulah serba sedikit kisah penulis bersama The Royal Beauty Boxer
    KuEss Idris Muay yang kaya dengan budi pekerti tanpa memandang status YAM sebagai anak raja berdaulat,inshAllah penulis akan bertemu dengan YAM untuk mendaftarkan YAM sebagai Ahli PERSATUAN SENI SILAT LIANPADUKAN MALAYSIA SETERUSNYA MEMBAWA YAM berjumpa dengan YDP AYAHANDA GURU DR HAJI MOHAMMED HASYIM BIN SALLEH AL-MASHUR.
    Untuk mendapat pengiktirafan dari Ayahanda serta penulis sendiri ingin YAM dimandikan sebagai adat istiadat membuka gelanggang dan mandi penimbul supaya YAM dapat menambahkan lagi tenaga dalaman oleh Ayahanda sendiri dalam masa terdekat ini juga saya akan menghubungi cikgu-cikgu seperti Cikgu Dr shahruddin Ahmad dan Cikgu Zaharuddin Alias sebagai memberi penghormatan memandikan YAM kerana kedua orang ini adalah anak murid tertua Ayahanda semoga Allah swt memberkati dan merahamati segala niat yang baik inshAllah amin...amin...Ya Allah.....

    p/s: bersangka baik itu adalah diantara sunnah baginda saw...segala link yang saya copy paste ini sudilah kiranya kita sama-sama memberi perangsang kepada YAM tanpa fikir panjang buatlah keran Allah swt LIKE PAGE YAM EA...^___^