ASSALAMU'ALLAIKUM WBT......
Malam tadi latihan digelanggang taman molek berlangsung dengan rancaknya,latihan kali ini saya tekankan teknik-teknik kekemasan TITIK,SIKU,SISIP DAN KAKI pada ahli-ahli Lp oleh kerana masih ramai lagi mempunyai kelemahan mengenai teknik tersebut.pengalaman ketika saya dilatih oleh ayahanda membuatkan saya berhati-hati supaya segala teknik-teknik itu dapat digunakan dengan cara yang tepat malahan dapat membantu pada ahli-ahli baru memahami apakah teknik tersebut dan bagaimana melembutkan tangan mencapai titik yang dikehendaki..
Setelah latihan demi latihan,latihan titi sebatang tetap diperaktikan.. kami juga turut disajikan oleh ayahanda dan bagi saya ini pertama kali mendengar mungkin sebelum ini ada segelintir ahli-ahli Lp yang sudah mengetahui tapi pada diri saya sepannjang berguru dengan ayahanda ini pertama kali saya mendengarnya....aplikasi yang ditunjukan oleh ayahanda itu seperti nampak macam biasa tapi amat merbahaya...emmm..nampaknya masih banyak yang perlu dipelajari terutamnya nama-nama yang terdapat dalam permainan ini...apa-apa pun ganjaran yang kita dapat setiap latihan itu bukan sekadar memahirkan senjata lapan kita malahan kita dapat memperbaiki diri kita sendiri...
P/S: terasa semakin hari belajar semakin banyak yang perlu digali dan gali...