Monday, November 1, 2010

MENGUMUMKAN KEBERANGKATAN

Assalamuallikum wbt..

Dan Allah telah berfirman dalam "(surah Ali imran,ayat 97)" yang bermaksud:

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.dan sesiapa yang ingkar,sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk."

Bismiillahinirahmannirahiim..dengan limpah karunia dari Allah swt rahmat dan syufaat yang tidak terhingga,keajaiban yang maha kuasa,maha mengasihi dan maha pemurah,usaha Ayahanda yang di gerakkan dari Allah swt dan cita2 untuk menghantar Y.M PA'RAJA ALI dan isteri beliau MAK SUMINAH akhirnya terlaksna jua dengan izin Allah swt. hanya Allah swt yang maha mengethui dan maha Bijaksana hinggakan menitis airmata kegembiraan di tambahkan lagi ternyata Allah telah menjanjikan sesuatu yang sangat istimewa yaitu pemergian Y.M PA'RAJA  tanah suci mekkah adalah jatuh pada hari jadi beliau.

Sedangkan kalau mengikut perkiraan peluang untuk Y.M PA'RAJA sangat tipis tambahan lagi kesemua para jemaah haji sudah pun berangkat,usaha demi usaha,ujian demi ujian telah kami harungi hingga akhirnya harapan hanya tinggal harapan.Tapi Allah memberikan setiap ujian itu dengan menilai adakah kita benar2 ikhlas untuk menjadi tetamunya akhirnya ketika hambanya benar2 bersungguh2 ingin menjadi tetamu mu ya Allah!.akhirnya Allah telah memberikan sesuatu untuk hambanya subhanAllah!..syukur ALLHAMDULLIAH..

Tanggal '28 ZULKAEDAH PADA HARI JUMAAT BERSAMAAN 1431
mengumumkan keberangkatan Y.M PA'RAJA ALI DAN ISTERI
tanah suci MEKKAH.

Saya memohon kepada seluruh warga pembaca terutamnya Lp family,kita sama2 mendoakan agar perjalanan beliau ke tanah suci berjalan dengan lancar dan dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna tanpa sebarang masalah kesihatan.semoga Allah swt merahmati perjalanan beliau suami isteri insyAllah amin ya rabbal alamiin..